Saya kerap kali lupa nak forwardkan email resepi kepada rakan opis saya camana nak wat kek coklat lembap.. Sebenar resepi ni saya grap daripada internet juga..pastu try buat kat umah [adunan saya tak improvise, toppingnya je saya sesuka suki apa nak je]... Nak claim sedap sgt tu cam riak...hehe tapi yang penting kek ni takkan bertahan lebih dari sehari dalam fridge rumah...
Resepinya :
Bahan A.
1 cawan air
1 cawan coklat / koko (Van Hountan) 1/2 cawan gula halus
Bahan B.
250 gm Buttercup (1 Ketul la..) ..[ni saya prefer golden churn butter sbb butter ni lagi wangi baunya]
2 cawan gula halus
2 cawan tepung kek
6 biji telur ayam
1 sudu teh vanilla
Cara-caranya..
Bahan A.
1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk
2. Panaskan di atas api yang kecil.
3. Kacau sehingga ia likat
4. Biarkan seketika (Bagi ia sejuk daa...)
Bahan B.
1. Pukul butter sama gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi..
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi
5. Kacau hingga sekata
6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana
Untuk Hiasan Coklat masakan cair di sapu atas kek yg telah masak tu & taburlah coklat rice pula kat atasnya....
nak refer gambar, gi kat link ni..
http://fazya.blogspot.com/2009/01/moist-choc-cake.html
No comments:
Post a Comment