^_^

Saturday, August 22, 2009

Giveaway 2 (GA2) : Domain website saya

Setelah setahun lebih berblog menggunakan http://fazya.blogspot.com/ saya mencipta lagi satu blog yg khas untuk coklat sahaja iaitu http://chocville.blogspot.com/ ..Walaubagaimanapun untuk pasaran berpanjangan saya rasa nama blog bernada blogspot ini agak "bulky" menyebabkan saya terfikir untuk mengubahnya menjadi http://www[dot]chocville[dot]com/ tapi masalahnya sudah ada entiti lain yang menggunakan nama ini, maka ia tak available untuk saya..:(

Maka saya wujudkan giveaway ini untuk mendapatkan nama terbaik untuk website saya. Kepada readers semua anda dijemput untuk menyertai giveaway ini...

Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda dikehendaki memberikan satu nama yang sesuai untuk dijadikan sebagai nama link web site..(contoh: http://www[dot]chocville[dot]com/) ..Ciri nama mestilah padat tetapi menggambarkan keseluruhan aktiviti chocville.blogspot dan ia mestilah beridentitikan Malaysia di mata dunia.
2.Anda mestilah menyatakan mengapa rasional pemilihan nama itu dan mengapa saya harus memilihnya sebagai nama domain website saya..
3.Penyertaan mestilah didahului dengan meletakkan komen anda di entry ini dan seterusnya tinggalkan :
a :link anda supaya saya dapat membaca entry anda berkaitan nama domain saya yang anda sarankan..
b : Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog, anda boleh emailkan penyertaan anda kepada saya di nutaizaf[at]gmail[dot] com
4.Walaubagaimana pun setiap penyertaan mestilah disahkan melalui email, anda hendaklah menghantar email kepada saya dengan meletakkan particular nama, alamat, no untuk dihubungi..setiap peserta akan diberikan no id penyertaan selepas mendapat pengesahan dari saya.
5. Semua penyertaan akan diadili oleh En. Alfateh
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 September 2009. Walaubagaimana pun pemenang akan diumumkan pada 18 September 2009 [sbb ni hari lahir saya...haha]
7. Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada saya..^_^

Hadiah :
Hadiah Pertama : 5oog praline (~48 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 36 cups nutty fruit cluster.
Hadiah Kedua : 380g praline (~ 35 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 18 cups cornflakes cluster.

Setiap peserta akan diberikan 10% potongan bagi menyertai kelas belajar coklat dengan saya. Sila nyatakan ID penyertaan anda sewaktu hendak menghadiri kelas coklat. Bagi peserta yang membawa seorang atau dua orang rakan untuk turut sama menghadiri kelas akan diberikan 10% daripada jumlah yuran pengikut anda
contoh :
Yuran pembelajaran =RM250.00
Yuran peserta GA2 = RM250.00 -10% = RM225.00
Yuran peserta GA2 + 1 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (10% of 250) = RM200.00
Yuran peserta GA2 + 2 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (20% of 250) = RM175.00
*Follower akan menyertai dengan harga normal

So cepat2 join giveaway 2 ini.. Saya nak bagi kuih ops coklat hari raya untuk anda semua.....^_^

12 comments:

Edi said...

my suggestion: www.chocolove.com

saya rase nama ni catchy, dan choc adalah mmg sinonim dengan 'love' pun kan... so, samada org tu mmg sukekan chocolate, ataupun nak bagi choc untuk org tersayang, nama ni sesuai utk semua nak relate. saya pilih 'choco' instead of 'choc' sebab sebutan dia sennag sikit nak sebut 'chocolove' dari 'choclove'.. plus ade elemen 'comel' dan simple.

all the best! :)

edina2404@gmail.com
www.adorablecupcakes.blogspot.com

Wan Amira said...

i suggest www.1-choc.com (sebab 1choc dah ade orang)

name nyer pun senang nak ingat, nak gambar kan malaysia, ape tah lagi kan, nak nak sekarang ni semua pasal 1 malaysia, 1 ni pulak means yang terbaik, tercanggih, so sesuai la untuk choc you yang paling best kan (hehe kaki kipas kene lah ade sikit).. budak budak pun senang sebut.. orang pun senang nak ingat..

1choc pun i rase not only keMalaysia-an but commercial name pun ade jugak..

ok, ni i punyer link
http://emmira.blogspot.com/2009/08/my-first-homemade-chocolate.html

my email
mummymer@gmail.com

Palie Massa Studio said...

nak try gak...

www.my-choc.com

Palie Massa Studio said...

oh lupa nak bagi description...

my-choc lebih kurang maksudnya 'coklat saya' atau 'coklat idaman saya'..

lagipun nama tu senang nk ingat kan?

farahdura said...

saya mencadangkan:

www.chocohubb.com

sebab perkataan hubb membawa maksud:
*suka dalam Bahasa Arab
* hub: the central or main part of something where there is most activity
x caya google ni haha:
(http://dictionary.cambridge.org/define.asp?key=38324&dict=CALD)

sekian cadangan saya.
selamat maju jaya Cik Eton. :)

Atiqah said...

sy dh emailkn penyertaan

nme yg sy suggest:

www.choc-kampungku.com

sbb2 nye sy dh nyatakan dlm email..

sstr_izah@yahoo.com

Kedai KIN said...

Hi Cik Eton,

Cadangan saya : www.truechocs.com

The reasons:
1. All things begin with heart. You love to make chocs; every single step to prepare will be done nicely and the result surely will be the best! (True heart)

2. People who taste chocolate that you made, will fall in love. Once they taste, they want it more.(True love)

3. Truechocs=Trueheart+Truelove


Good Luck :)
Cik Kin

Pija Madzlan said...

Assalamualaikum,

Saya cadangkan nama berikut :


www.amustchoc.com atau www.a-must-choc.com

A MUST CHOC - coklat yang menjadi satu kemestian.

Asalnya saya nak letak MASCHOC untuk mewakilkan perkataan MAS sebagai singkatan Malaysia tetapi sebagai contoh kumpulan nasyid D'Hearty contohnya, kalau dalam bahasa Malaysia ia boleh menjadi 'di hati' begitu juga kumpulan 'inteam' ia boleh juga disebut sebagai 'intim'.

Jadi A MUST CHOC adalah mungkin boleh ditafsirkan sebagai 'emas' iaitu kira top lah atau ia juga adalah 'a MAS choc' iaitu 'coklat Malaysia'


http://sitisifir10.blogspot.com/2009/08/cadangan-nama-baru-utk-chocville.html

Rozy said...

i nak suggest kan

www.mychocorichlove.com

almost similar to edi punya suggestion tp saya xtiru dia ekk.. I had this first in mind before masuk segmen comment nih..

my - malaysia
chocorichlove - chocolate is rich with love
when put these together is either says malaysian chocolate is rich with love or YOUR chocolate sold in this website is rich with love.

n3 saya xwat lagi.. nanti ek..

tenkiu!

Anamarza said...

cadangan saya www.mychoklat2u.com

simple dan senang diingati...

( http://anamarza.blogspot.com/2009/09/mychoklat2ucom.html )

hang_lipur said...

saya nak cadangkan :

www.ilovecoklat.com

nama yg senang diigt... menggunakan campuran melayu+english...dan sume org suker coklat!!

tgk kat blog saya http://acitnadey.blogspot.com/2009/09/giveaway-domain-baru-utk-website.html

Arfah said...

Cik Eton,
Ini link saya mengenai entry nama domain yang saya suggestkan:

http://caesium.blog.friendster.com/

Saksikan the reasons behind the name -
http://www.delicoklatcious.com/

Class update

Baking class online available.
Email nutaizaf@gmail.com or whatsapp 0136076706 for further info