^_^

Wednesday, August 5, 2009

Iklankan online shop kite

Saya memulakan aktiviti berblog setahun dua bulan yang lalu.. Asalnya saya hanya berblog untuk suka-suka,kemudian kerap mendapat 'arahan' update oleh En. Alfateh dan kemudian saya sedar saya sudah ada bilangan pembaca [haha ayat perasan kan :p] yang bertambah sekian hari..


Berikutan itu wujudlah blog seadanya yang kelihatan amat boring tanpa warna warni sedangkan Fazya itu dikenali sebagai Gadis warna warni. Malahan saya pernah juga mendevelop satu blog sebumbung Love To Be Me dan Chocville yang saya namakan Fazya warnawani (huhu dahla salah eja) untuk review kisah atau benda warna warni.. tapi nampaknya saya semakin tak terkejar dengan ketiga-tiga ‘anak2 emas’ saya ini..

Si Gadis Warna Warni tu pun selalu berangan menambah pendapatan dengan meletak iklan dengan harapan bilangan pembacanya yang ramai itu klik akan iklan2 tersebut dan bolehlah dia mendapat duit yang jatuh dari langit [bukan Ayah Pin okeh..] tapi apakan daya Googles Adsense kata lenggok bahasanya tidak dapat dikenal pasti... Nuffnang kata stakat ini anda layak untuk CPC sahaja [siap telefon Nuffnang nak tanya macamana nak dapat CPM..] Hati juga sudah sedikt berbunga-bunga melihat akaun Nuffnangnya sudah naik kepada RM1.50 selepas 3 bulan mengaktifkan Chocville (Syukur....sob..sob terharu T_T).. Juga masih bersyukur melalui blog ni jugalah saya tambah side income membayar segala hutang piutang dan juga duit menampung kegemaran berbelanja tanpa had ini…


Walaupun mana pun sampai sekarang takdepun dapat call balik dari Nuffnang dia nak ambik blog saya sebagai Blog Of The Month.. setakat ni saya tgk cuma bloggers2 berstatus selebriti sahaja yang direview..so yang separa selebriti ni tengok2 tepi2 jelah kan…


Tapi pagi ni saya jumpa satu blog di dalam blog [from Maya Crazyartzone to Farha Funwith Fliffy] yang saya kira Insyaallah membantu menglamerkan blog saya seantero dunia bloggers sebab blog mereka cantik dan berwarna-warni [ mungkin Love To Be Me atau Chocville itu nampak terpampang lebih cantik di Blog Fun With Fliffy plus ada plak tawaran nak designkan banner untuk blog saya untuk menggantikan ini



Saya create gambar ni guna photoshop dan illustrator bertaraf amatur.. before ni lagi sian guna paint aje..

Kepada iklan atau banner seperti ini


(sila click gambar ini untuk ke page Fun Fliffy)


Oh ye di samping itu Fun With Fliffy ada bagi giveaway sempena review blog dia ini. Harapnya dapatlah giveaway juga membantu saya mencantikkan sekurang-kurangnya content blog saya kerana saya tahu saya kurang rajin untuk edit layoutnya…haahaaa


Err mana tau juga kan lepas ni saya tukar dari pembuat coklat kepasa pembuat kad atau designer layout atau pun mengambil upah membina blog kepada new user ke selepas dapat hadiah ini kan.. [Allah lebih tahu]

Sekarang ini saya sedang berfikir nak review blog ini di blog saya yang mana satu ye? Klu di Fazyawarnawani tu macam tak mungkin je.. heee…


Saya rasa nak ajak kawan coklat saya Kokoandfriends dan student coklat saya Fahimcoco untuk join sama giveaway contest ni...


Yang lain-lain pun boleh berebut hadiah ni dengan saya...heeeeeee..Klu nak pergilah ke Fun With Fliffy..^_^

No comments:

Class update

Baking class online available.
Email nutaizaf@gmail.com or whatsapp 0136076706 for further info