Salah satu bahan membuat macaron ialah putih telur.. lalu kuning buat apa? membazir buka kalau dibuang? Maka sebagai salah satu cara untuk mendapatkan putih telur tanpa membazirkan kuningnya ialah membuat kek lapis..:)
Kek lapis ialah kek yang mengandungi jumlah telur yang banyak..dan kuning telur biasanya dua kali ganda daripada penggunaan putih telur.. Ini bermakna kalau sebiji kek perlukan 10 biji kuning telur, bahagian putih telurnya hanya 5 biji.. so kan sudah boleh save 5 bahagian lagi putih telur...
Oh ya adalah penting untuk buat kek dahulu sebelum buat macaron.. Ini kerana kuning telur tak boleh disimpan.. sekejap aje dah mengeras..manakala putih telur makin disimpan, makin sesuai untuk penghasilan macaron ( ini merujuk kepada resepi dan buku yg saya baca)..
Untuk kek lapis ni saya perlukan latihan lagi.. Insyaallah akan jadi hidangan hari raya di rumah kami..
No comments:
Post a Comment