^_^

Saturday, August 22, 2009

Giveaway 2 (GA2) : Domain website saya

Setelah setahun lebih berblog menggunakan http://fazya.blogspot.com/ saya mencipta lagi satu blog yg khas untuk coklat sahaja iaitu http://chocville.blogspot.com/ ..Walaubagaimanapun untuk pasaran berpanjangan saya rasa nama blog bernada blogspot ini agak "bulky" menyebabkan saya terfikir untuk mengubahnya menjadi http://www[dot]chocville[dot]com/ tapi masalahnya sudah ada entiti lain yang menggunakan nama ini, maka ia tak available untuk saya..:(

Maka saya wujudkan giveaway ini untuk mendapatkan nama terbaik untuk website saya. Kepada readers semua anda dijemput untuk menyertai giveaway ini...

Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda dikehendaki memberikan satu nama yang sesuai untuk dijadikan sebagai nama link web site..(contoh: http://www[dot]chocville[dot]com/) ..Ciri nama mestilah padat tetapi menggambarkan keseluruhan aktiviti chocville.blogspot dan ia mestilah beridentitikan Malaysia di mata dunia.
2.Anda mestilah menyatakan mengapa rasional pemilihan nama itu dan mengapa saya harus memilihnya sebagai nama domain website saya..
3.Penyertaan mestilah didahului dengan meletakkan komen anda di entry ini dan seterusnya tinggalkan :
a :link anda supaya saya dapat membaca entry anda berkaitan nama domain saya yang anda sarankan..
b : Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog, anda boleh emailkan penyertaan anda kepada saya di nutaizaf[at]gmail[dot] com
4.Walaubagaimana pun setiap penyertaan mestilah disahkan melalui email, anda hendaklah menghantar email kepada saya dengan meletakkan particular nama, alamat, no untuk dihubungi..setiap peserta akan diberikan no id penyertaan selepas mendapat pengesahan dari saya.
5. Semua penyertaan akan diadili oleh En. Alfateh
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 September 2009. Walaubagaimana pun pemenang akan diumumkan pada 18 September 2009 [sbb ni hari lahir saya...haha]
7. Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada saya..^_^

Hadiah :
Hadiah Pertama : 5oog praline (~48 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 36 cups nutty fruit cluster.
Hadiah Kedua : 380g praline (~ 35 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 18 cups cornflakes cluster.

Setiap peserta akan diberikan 10% potongan bagi menyertai kelas belajar coklat dengan saya. Sila nyatakan ID penyertaan anda sewaktu hendak menghadiri kelas coklat. Bagi peserta yang membawa seorang atau dua orang rakan untuk turut sama menghadiri kelas akan diberikan 10% daripada jumlah yuran pengikut anda
contoh :
Yuran pembelajaran =RM250.00
Yuran peserta GA2 = RM250.00 -10% = RM225.00
Yuran peserta GA2 + 1 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (10% of 250) = RM200.00
Yuran peserta GA2 + 2 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (20% of 250) = RM175.00
*Follower akan menyertai dengan harga normal

So cepat2 join giveaway 2 ini.. Saya nak bagi kuih ops coklat hari raya untuk anda semua.....^_^

Wednesday, August 5, 2009

Iklankan online shop kite

Saya memulakan aktiviti berblog setahun dua bulan yang lalu.. Asalnya saya hanya berblog untuk suka-suka,kemudian kerap mendapat 'arahan' update oleh En. Alfateh dan kemudian saya sedar saya sudah ada bilangan pembaca [haha ayat perasan kan :p] yang bertambah sekian hari..


Berikutan itu wujudlah blog seadanya yang kelihatan amat boring tanpa warna warni sedangkan Fazya itu dikenali sebagai Gadis warna warni. Malahan saya pernah juga mendevelop satu blog sebumbung Love To Be Me dan Chocville yang saya namakan Fazya warnawani (huhu dahla salah eja) untuk review kisah atau benda warna warni.. tapi nampaknya saya semakin tak terkejar dengan ketiga-tiga ‘anak2 emas’ saya ini..

Si Gadis Warna Warni tu pun selalu berangan menambah pendapatan dengan meletak iklan dengan harapan bilangan pembacanya yang ramai itu klik akan iklan2 tersebut dan bolehlah dia mendapat duit yang jatuh dari langit [bukan Ayah Pin okeh..] tapi apakan daya Googles Adsense kata lenggok bahasanya tidak dapat dikenal pasti... Nuffnang kata stakat ini anda layak untuk CPC sahaja [siap telefon Nuffnang nak tanya macamana nak dapat CPM..] Hati juga sudah sedikt berbunga-bunga melihat akaun Nuffnangnya sudah naik kepada RM1.50 selepas 3 bulan mengaktifkan Chocville (Syukur....sob..sob terharu T_T).. Juga masih bersyukur melalui blog ni jugalah saya tambah side income membayar segala hutang piutang dan juga duit menampung kegemaran berbelanja tanpa had ini…


Walaupun mana pun sampai sekarang takdepun dapat call balik dari Nuffnang dia nak ambik blog saya sebagai Blog Of The Month.. setakat ni saya tgk cuma bloggers2 berstatus selebriti sahaja yang direview..so yang separa selebriti ni tengok2 tepi2 jelah kan…


Tapi pagi ni saya jumpa satu blog di dalam blog [from Maya Crazyartzone to Farha Funwith Fliffy] yang saya kira Insyaallah membantu menglamerkan blog saya seantero dunia bloggers sebab blog mereka cantik dan berwarna-warni [ mungkin Love To Be Me atau Chocville itu nampak terpampang lebih cantik di Blog Fun With Fliffy plus ada plak tawaran nak designkan banner untuk blog saya untuk menggantikan ini



Saya create gambar ni guna photoshop dan illustrator bertaraf amatur.. before ni lagi sian guna paint aje..

Kepada iklan atau banner seperti ini


(sila click gambar ini untuk ke page Fun Fliffy)


Oh ye di samping itu Fun With Fliffy ada bagi giveaway sempena review blog dia ini. Harapnya dapatlah giveaway juga membantu saya mencantikkan sekurang-kurangnya content blog saya kerana saya tahu saya kurang rajin untuk edit layoutnya…haahaaa


Err mana tau juga kan lepas ni saya tukar dari pembuat coklat kepasa pembuat kad atau designer layout atau pun mengambil upah membina blog kepada new user ke selepas dapat hadiah ini kan.. [Allah lebih tahu]

Sekarang ini saya sedang berfikir nak review blog ini di blog saya yang mana satu ye? Klu di Fazyawarnawani tu macam tak mungkin je.. heee…


Saya rasa nak ajak kawan coklat saya Kokoandfriends dan student coklat saya Fahimcoco untuk join sama giveaway contest ni...


Yang lain-lain pun boleh berebut hadiah ni dengan saya...heeeeeee..Klu nak pergilah ke Fun With Fliffy..^_^

Saturday, August 1, 2009

Produk seberang laut

Hehe lama tiada update..
Update hari ni takde gambar choc..Cuma berminat untuk share beberapa bloggers yang buat online bisnes yang potential sekiranya anda nak kirim barang pakaian malahan even peralatan bakery yang susah nak cari M'sia dan hanya nampak bila kite tanya "uncle Google"

http://kizcollection.wordpress.com/
Actually pemiliknya rakan sekolah saya.. Sekiranya saudara-saudari berminat boleh berhubung dengan Puan Khairul Bariah melalui email khairulb@hotmail.com

http://shepretty.blogspot.com/
Blog yang ni plak milik kawan saya semasa matrikulasi. Kalau berminat beli dari sini plak boleh tanya dengan Puan Shafini melalui email sh3pr3tty@yahoo.com

Last but not least sekiranya anda hendak mencari blog yang menjual choc online boleh juga berhubung dengan Faziatun (^_^) melalui email nutaizaf@gmail.com

Oh ye tempahan hari raya sedang dibuka sekarang. Untuk kelas pula masih ada 2 minggu sebelum puasa untuk ditawarkan.. sebab bulan puasa saya tak berupaya menguji ketahanan mental di hadapan coklat...Sebarang pertanyaan boleh terus telefon saya di 012-7147126 ye...
Luv u all readers.....xoxoxoxoxoxoxoxoxo ^_^

Class update

Baking class online available.
Email nutaizaf@gmail.com or whatsapp 0136076706 for further info